Tumbuhan Mamam (Maman) atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis tanaman yang hanya bisa tumbuh sekitar 1 meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.
Tumbuhan Mamam(Maman) memiliki beberapa khasiat, di mulai dari daun, biji dan akarnya, berikut ulasannya :
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.
Ini adalah contoh tumbuhan mamam(maman)
Contoh tumbuhan mamam(maman) yang siap di olah ke proses selanjutnya
MrD - Casino & Games - DrMCD
BalasHapusCasino & Games. View Profile. Mr.D. 진주 출장마사지 - Casino & 포항 출장안마 Games. MrD - Casino & Games. DrMcd 제주 출장샵 has 경상남도 출장마사지 been the choice 밀양 출장마사지 of many players.